Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan)
solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar
dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat
Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus
berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran
surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan
apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu
tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan)
solat jika kamu takut diserang oleh orang
kafir…”
ii.
Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la
bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-
Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat
sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu
beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada
Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu
adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah
kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan
sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak
Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu
empat burudin di mana setiap burudin mempunyai
empat farsakh dan setiap farsakh terdiri
daripada 5514 meter mengikut kiraan moden.
Dari itu, dua marhalah adalah
bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat
Solat Qasar
i.
Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh
syara’.
ii.Jauh
pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada
dua marhalah (89 kilometer / 56
batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh
Niat
أصلي فرض الظهر
ركعتين قصرا لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’
Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar
dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan
solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir
iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar
dalam waktu Asar atau solat Maghrib
dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah
bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat
Zuhur daripada solat Asar dan solat
Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu
pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر
اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala
ii.Niat Jama’ Taqdim
Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر
ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء
لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala
ii. Niat Jama’
Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر
ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله
تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala
Tidak ada komentar:
Posting Komentar